Feature Baharu: Persona Update dalam Suno AI
⚠️ Perhatian: Artikel ini agak panjang dan sedikit advance. Disarankan baca satu per satu untuk faham sepenuhnya.
Apa itu Persona dalam Suno AI?
Secara ringkas, Persona ialah identiti penyanyi AI yang digunakan dalam lagu yang anda hasilkan. Setiap lagu yang dicipta sebenarnya “dinyanyikan” oleh satu Persona tertentu — inilah yang menentukan tona suara, karakter, dan warna vokal.
Cara Simpan Persona
Anda boleh menyimpan Persona yang anda suka dengan langkah berikut:
Klik 3 titik (⋮) → Create → Make Persona → Save Persona.
Pengurusan & Penyesuaian Persona
Selepas disimpan, Persona boleh:
- Dinamakan semula mengikut kesesuaian
- Dirujuk kembali untuk melihat lagu asal yang digunakan bagi mencipta Persona tersebut
Penamaan Persona (Contoh Praktikal)
Persona boleh dinamakan mengikut gaya anda sendiri, contohnya:
- Lelaki Zapin – Deep Voice
- Lelaki Leleh Rock
- Pop Punk Girl
Ada juga pengguna yang mencipta Persona lengkap dengan identiti penuh, seperti
RAFAEL REMY oleh Remy
Kenapa Persona Penting?
Tujuan utama Persona ialah untuk memastikan konsistensi:
- Tona suara
- Kualiti vokal
- Warna dan karakter nyanyian
Apabila Persona yang sama digunakan, hasil lagu akan lebih seragam.
💡 Tip: Penamaan seperti Nama – Jantina – Jenis Suara sangat membantu ketika eksperimen dan boleh diubah suai kemudian.
Update Versi Terbaharu Persona
Dalam versi terkini (seperti yang ditunjukkan dalam gambar), anda kini boleh:
- Memilih bahagian vokal tertentu daripada lagu asal untuk dijadikan rujukan Persona
- Mendapatkan hasil vokal yang lebih accurate dan konsisten (mengikut kemampuan Suno)
Sesuai untuk Projek Album
Update ini sangat berguna jika anda merancang:
- Menghasilkan album penuh (±10–12 lagu)
- Mengekalkan suara dan Persona yang sama sepanjang projek
Bonus untuk Rakaman Suara Sendiri
Bagi pengguna yang mempunyai akses untuk merakam semula suara penyanyi, talent, atau suara sendiri — ini adalah kelebihan tambahan untuk membina Persona yang lebih tepat dan peribadi.
P/S:
Jika info ini bermanfaat, jom share, komen, dan sebarkan kepada komuniti.
Ilmu ini lebih berguna bila dikongsi bersama.
Credit :
Coach Sabri Malek
Top Moderator Suno AI Malaysia Facebook Group

0 Comments